Assalamualaikum semua, artikel kedua pula.. lebih ringkas dan sangat-sangat mudah untuk dihadam, selamat membaca :)
KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa komited menyediakan
pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu pembangunan usahawan dan
membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
sebagai seorang pemimpin, beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan
pembangunan usahawan dan inisiatif basmi kemiskinan bersifat menyeluruh untuk
semua.
"Saya difahamkan, lebih
12,000 usahawan kaum India telah
pun menerima pinjaman daripada Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga),
bernilai RM153.9 juta, untuk dimanfaatkan dalam usaha
pembangunan usahawan, setakat Oktober tahun ini," kata Najib dalam entri
terbaru laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata selain bantuan Tekun,
sebanyak 7,714 orang menerima pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dengan
jumlah keseluruhan RM47.5 juta bagi tempoh sama.
"Kerajaan sentiasa
prihatin kepada masyarakat India di negara ini
dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu mereka
terutamanya golongan miskin," katanya. - Bernama
SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/kerajaan-komited-bantu-pembangunan-usahawan-1.223592
SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/kerajaan-komited-bantu-pembangunan-usahawan-1.223592
No comments:
Post a Comment