Assalamualaikum, hai :) :) :) Artikel yang ketiga dah menyusul. check it outttt.
Di dalam bab sebelum ini, kita telah
membincangkan sikap atau sifat yang ada pada seorang usahawan berjaya.
Sekarang, kita akan bincangkan prinsip yang perlu ada pada seorang usahawan
untuk berjaya. Seluruh usahawan di dunia ini mengamalkan prinsip ini sama ada
mereka sedar atau tidak sedar. Berikut adalah prinsip minda usahawan berjaya.
Berikan kerja yang sesuai pada orang
yang sesuai.
Di dalam perniagaan, kualiti kerja
adalah antara faktor utama
yang menyumbang kepada kejayaan. Lebih tepat mengenai prinsip ini adalah
kemahiran pengurusan. Anda tidak boleh memberi kerja akauntan kepada
seorang engineer.
Anda perlu bahagikan tugas – tugas di dalam perniagaan anda dan berikan setiap
tugas pada orang yang sesuai.
Bermula dari bawah.
Bermula dari perkara ringkas dan
memperkembangkan ia di kemudian hari. Pirinsip ini senang sahaja, katakan anda
ingin menjual barang komputer, anda perlu wujudkan satu kedai komputer dahulu.
Kemudian apabila kedai tersebut sudah stabil, barulah anda membuka cawangan di
tempat lain pula.
Kesempurnaan tidak wujud.
Anda tidak boleh beri segala yang
pelanggan anda minta kerana kesempurnaan tidak wujud. Anda tidak boleh
putus asa apabila
pesaing anda mendahului anda kerana kesempurnaan tidak wujud, anda masih boleh
mengejar pesaing anda jika anda berusaha dengan lebih.
Tidak tamak dalam merebut peluang
perniagaan.
Manusia ada had. Anda perlu tahu itu.
Anda tidak boleh membolot semua peluang yang ada. Anda perlu lakukan satu
persatu. Bersikap tamak akhirnya akan mengundang padah pada anda.
Sentiasa ada plan spontan atau
alternatif.
Dalam perniagaan, apa sahaja mungkin
berlaku. Perniagaan anda mungkin akan mengalami masalah yang anda tidak dapat
bayangkan atau tidak di jangka. Setiap masalah, anda perlu segera bertindak
untuk atasinya. Jadi, plan spontan adalah penting dalam dunia perniagaan.
Sentiasa tetapkan matlamat dalam setiap
perancangan.
Usahawan tidak bekerja tanpa mengejar
matlamat yang mereka tetapkan. Mereka sangat fokur dengan matlamat mereka.
Contoh prinsip matlamat yang mereka letakkan adalah SMART iaitu
Simple
Measurable
AccessibleRealisticTimely.
Measurable
AccessibleRealisticTimely.
Matlamat anda harus ringkas dan padat,
sesuatu yang anda boleh capai dan tidak membazir masa anda. Jika anda RM 1000
sebagai modal dan anda juga tidak ada pengalaman melakukan perniagaan, jalankan
perniagaan yang memerlukan modal yang rendah dari RM 1000. Bersikap realistik
dan bermula dari bawah.
SUMBER: http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/prinsip-usahawan-berjaya.html
SUMBER: http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/prinsip-usahawan-berjaya.html
No comments:
Post a Comment