Saturday 1 March 2014

Dr. Azizan Osman

Info tentang Dr. Azizan Osman --->>




Dr. Azizan Osman merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn. Bhd, dimana ia telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Record pada tahun 2012 sebagai syarikat terbesar di Malaysia dalam penganjuran seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi. Dr. Azizan Osman merupakan Mentor Pemasaran No. 1 Asia, penulis, penceramah, usahawan dan juga jurulatih kejayaan. Beliau telah dianugerahkan “Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa”, oleh sebuah organisasi terkemuka yang berpusat di London, dimana ia merupakan satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh organisasi tersebut.

Seperti yang telah dinyatakan, beliau merupakan pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional, iaitu Richworks Group of Companies dan juga mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Kumpulan syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan, antaranya ialah:
  • ·         perunding pengiklanan dan pemasaran,
  • ·         reka cipta jenama dan produk,
  • ·         perkhidmatan korporat dan perakaunan,
  • ·         pelaburan hartanah,
  • ·         penerbitan buku,
  • ·         media sosial dan web
  • ·         kecantikan dan kesihatan, serta
  • ·         pengurusan acara

Dr. Azizan Osman kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.


Kenapa saya memilih usahawan Dr. Azizan Osman --->>

Kerana misi beliau sebagai seorang Jurulatih Pemasaran No. 1 Malaysia yang ingin membantu pemilik-pemilik perniagaan lain bagi mencapai potensi diri dan mencapai kejayaan dalam industri masing-masing. Hal ini demikian kerana saya sendiri bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan kelak dan amat berbesar hati seandainya masih ada individu yang telah berjaya sudi untuk berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar serta dorongan atau bimbingan untuk mencapai kemajuan sepertinya. Di samping itu, beliau sentiasa  bersemangat dan bertenaga menganjurkan program-program kejayaan, kekayaan dan keusahawanan. Antara program yang mendapat sambutan masyarakat tempatan ialah:
  • Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan (IMKK)
  • ·         Advanced Marketing Power (AMP)
  • ·         Intensif Jutawan Industri (IJI)
  • ·         Master Your Business (MYB)
  • ·         Retire Young Retire Rich (RYRR)