Monday 31 March 2014

ARTIKEL 2: KERAJAAN KOMITED BANTU PEMBANGUNAN USAHAWAN

Assalamualaikum semua, artikel kedua pula.. lebih ringkas dan sangat-sangat mudah untuk dihadam, selamat membaca :)

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa komited menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu pembangunan usahawan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai seorang pemimpin, beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembangunan usahawan dan inisiatif basmi kemiskinan bersifat menyeluruh untuk semua.

"Saya difahamkan, lebih 12,000 usahawan kaum India telah pun menerima pinjaman daripada Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), bernilai RM153.9 juta, untuk dimanfaatkan dalam usaha pembangunan usahawan, setakat Oktober tahun ini," kata Najib dalam entri terbaru laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata selain bantuan Tekun, sebanyak 7,714 orang menerima pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dengan jumlah keseluruhan RM47.5 juta bagi tempoh sama.

"Kerajaan sentiasa prihatin kepada masyarakat India di negara ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu mereka terutamanya golongan miskin," katanya. - Bernama

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/kerajaan-komited-bantu-pembangunan-usahawan-1.223592