Thursday 10 April 2014

Let's Blog !!!

Apakah kegunaan blog ini?

Blog ini dibangunkan sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan (BPME2013). Blog ini mengandungi artikel berkaitan tiga orang usahawan yang berjaya iaitu, Puan Faridah Zakaria (Pengasas Butik FAREEDA), Dato' Maznah Hamid (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce) dan Dr. Azizan Osman (Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn. Bhd.) serta artikel-artikel lain yang berkaitan dengan keusahawanan. Antara tajuk-tajuk artikel tersebut ialah, 'Terapkan etika perniagaan, 'Kerajaan komited bantu pembangunan usahawan' dan 'Prinsip Usahawan Berjaya'. 

Tuesday 8 April 2014

ARTIKEL 3: PRINSIP USAHAWAN BERJAYA

Assalamualaikum, hai :) :) :) Artikel yang ketiga dah menyusul. check it outttt.


Di dalam bab sebelum ini, kita telah membincangkan sikap atau sifat yang ada pada seorang usahawan berjaya. Sekarang, kita akan bincangkan prinsip yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya. Seluruh usahawan di dunia ini mengamalkan prinsip ini sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Berikut adalah prinsip minda usahawan berjaya.

Berikan kerja yang sesuai pada orang yang sesuai.
Di dalam perniagaan, kualiti kerja adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan. Lebih tepat mengenai prinsip ini adalah kemahiran pengurusan. Anda tidak boleh memberi kerja akauntan kepada seorang engineer. Anda perlu bahagikan tugas – tugas di dalam perniagaan anda dan berikan setiap tugas pada orang yang sesuai.

Bermula dari bawah.
Bermula dari perkara ringkas dan memperkembangkan ia di kemudian hari. Pirinsip ini senang sahaja, katakan anda ingin menjual barang komputer, anda perlu wujudkan satu kedai komputer dahulu. Kemudian apabila kedai tersebut sudah stabil, barulah anda membuka cawangan di tempat lain pula.

Kesempurnaan tidak wujud.
Anda tidak boleh beri segala yang pelanggan anda minta kerana kesempurnaan tidak wujud. Anda tidak boleh putus asa apabila pesaing anda mendahului anda kerana kesempurnaan tidak wujud, anda masih boleh mengejar pesaing anda jika anda berusaha dengan lebih.

Tidak tamak dalam merebut peluang perniagaan.
Manusia ada had. Anda perlu tahu itu. Anda tidak boleh membolot semua peluang yang ada. Anda perlu lakukan satu persatu. Bersikap tamak akhirnya akan mengundang padah pada anda.

Sentiasa ada plan spontan atau alternatif.
Dalam perniagaan, apa sahaja mungkin berlaku. Perniagaan anda mungkin akan mengalami masalah yang anda tidak dapat bayangkan atau tidak di jangka. Setiap masalah, anda perlu segera bertindak untuk atasinya. Jadi, plan spontan adalah penting dalam dunia perniagaan.

Sentiasa tetapkan matlamat dalam setiap perancangan.
Usahawan tidak bekerja tanpa mengejar matlamat yang mereka tetapkan. Mereka sangat fokur dengan matlamat mereka. Contoh prinsip matlamat yang mereka letakkan adalah SMART iaitu
Simple
Measurable
Accessible
RealisticTimely.
Matlamat anda harus ringkas dan padat, sesuatu yang anda boleh capai dan tidak membazir masa anda. Jika anda RM 1000 sebagai modal dan anda juga tidak ada pengalaman melakukan perniagaan, jalankan perniagaan yang memerlukan modal yang rendah dari RM 1000. Bersikap realistik dan bermula dari bawah.

SUMBER: http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/prinsip-usahawan-berjaya.html

Monday 31 March 2014

ARTIKEL 2: KERAJAAN KOMITED BANTU PEMBANGUNAN USAHAWAN

Assalamualaikum semua, artikel kedua pula.. lebih ringkas dan sangat-sangat mudah untuk dihadam, selamat membaca :)

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa komited menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu pembangunan usahawan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai seorang pemimpin, beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembangunan usahawan dan inisiatif basmi kemiskinan bersifat menyeluruh untuk semua.

"Saya difahamkan, lebih 12,000 usahawan kaum India telah pun menerima pinjaman daripada Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), bernilai RM153.9 juta, untuk dimanfaatkan dalam usaha pembangunan usahawan, setakat Oktober tahun ini," kata Najib dalam entri terbaru laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata selain bantuan Tekun, sebanyak 7,714 orang menerima pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dengan jumlah keseluruhan RM47.5 juta bagi tempoh sama.

"Kerajaan sentiasa prihatin kepada masyarakat India di negara ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu mereka terutamanya golongan miskin," katanya. - Bernama

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/kerajaan-komited-bantu-pembangunan-usahawan-1.223592

Saturday 22 March 2014

ARTIKEL 1: TERAPKAN ETIKA PERNIAGAAN


Artikel pertama yang berkaitan dengan pembangunan perniagaan ini diharapkan mampu menjadi tarikan pengunjung ke blog ini. Selamat membaca semua :)

SETIAP hari, kita boleh lihat situasi orang yang tidak beretika. Paling tidak pun ketika memandu kenderaan. Semasa kesesakan lalu lintas, terdapat pemandu tanpa segan silu, memotong kenderaan lain melalui lorong kecemasan. Pemanduan tidak beretika yang hanya mementingkan diri sendiri amat berbahaya untuk pengguna kenderaan lain.

Kerakusan" pemandu-pemandu Malaysia dengan memandu secara berbahaya diiktiraf" oleh warga asing yang menetap di sini. Berbeza dengan negara-negara maju seperti England, Australia dan New Zealand, pengguna kenderaan cukup berhemah dan beretika di jalan raya. Mereka mematuhi undang-undang tanpa ragu-ragu. Paling penting mereka tidak mementingkan diri sendiri.

Selain bukti di atas, contoh terbaru yang paling mengejutkan dunia seni tanah air ialah sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem KL Gengster 2 di laman sosial, YouTube walhal belum lagi ditayangkan di pawagam. Mengikut perancangan, filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula 3 Oktober ini.

Saya tidak dapat bayangkan betapa kecewanya penerbit dan pembuat filem tersebut yang bertungkus lumus selama dua tahun untuk menyiapkan filem itu tetapi akhirnya telah dimuat naik dalam YouTube sebelum sampai masanya.

Sikap tidak beretika juga berlaku ke atas penulis-penulis tempatan apabila terdapat pihak dengan mudah mencedok hasil penulisan orang lain tanpa memberi sebarang penghargaan kepada penulis asal. Mereka ini tidak langsung mempedulikan etika penulisan. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita?

Sebagai seorang pendidik di menara gading dalam pengkhususan pengauditan, elemen etika adalah antara yang diajar kepada para pelajar. Kebetulan pula, para pelajar Universiti Utara Malaysia sentiasa diasuh supaya sentiasa beretika. Umpamanya, etika berpakaian para pelajar supaya sentiasa kemas dan sopan. Ini bermaksud penerapan budaya etika cukup penting untuk mengubah masyarakat kita agar lebih baik. Dengan kombinasi penguatkuasaan undang-undang dan menerapkan budaya beretika, kehidupan masyarakat kita akan lebih baik.

Sebagai contoh, dalam bidang pengauditan, Lembaga Pengawasan Pengauditan (AOB) berperanan besar untuk memastikan juruaudit-juruaudit luar bertingkah laku mengikut etika pengauditan.
Sebarang pelanggaran etika akan dikenakan tindakan. Ini kerana juruaudit luar bertanggungjawab ke atas pelaporan pengauditan syarikat.

Etika bukan sahaja dalam profesion pengauditan semata-mata tetapi dalam semua aspek kehidupan kita. Sebagai contoh dalam isu kenaikan harga makanan ekoran pengumuman kerajaan ke atas rasionalisasi subsidi minyak, tidak keterlaluan dikatakan terdapat peniaga-peniaga di Malaysia yang tidak beretika dalam menjalankan perniagaan. Minyak naik 20 sen, sekeping roti canai juga naik 20 sen! Alasan minyak naik!

Saya tidak dapat bayangkan betapa tamaknya peniaga-peniaga sebegini. Budak kecil pun tahu berfikir secara logik untuk menolak alasan tersebut. Jika peniaga-peniaga sebegini beragama Islam, adakah mereka tidak memahami konsep keberkatan? Menindas pembeli dan pengguna dengan cara sebegini? Malangnya perkara ini tetap berlaku setiap kali pengumuman rasionalisasi subsidi minyak.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengubah sikap peniaga sebegini? Setakat memberi amaran tiada gunanya kerana ia tidak menggerunkan mereka. Bahkan, penguat kuasa seolah-olah dipermainkan apabila terdapat peniaga dengan beraninya menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati mereka. Apakah langkah jangka masa panjang untuk memastikan perkara ini tidak berulang?

Salah satu cara yang boleh dilaksanakan adalah dengan memupuk budaya etika di kalangan peniaga. Bagaimana modus operandinya? Dengan cara memperkenalkan modul etika perniagaan di kalangan peniaga.
Perkara ini sewajarnya dipertimbangkan oleh pihak kerajaan kerana hanya dengan mendidik elemen etika kepada mereka di samping bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang, insya-Allah, tingkah laku para peniaga yang tidak beretika boleh diubah menjadi lebih beretika.

Jika boleh, wujudkan kod etika peniaga dan usahawan agar mereka sentiasa menyedari kepentingan beretika. Sejak akhir-akhir ini pun, syarikat senaraian awam Malaysia amat mementingkan etika.
Malahan, tadbir urus korporat yang diuar-uarkan cukup baik untuk syarikat senaraian awam juga telah mula dipertikaikan kerana tiadanya elemen etika dalam memastikan budaya sihat, adil dan tidak menindas mana-mana pihak.

Tadbir urus korporat hanya sekadar menanda kotak (box-ticking) berdasarkan kod tadbir urus korporat. Ia tidak menggambarkan elemen terpenting dalam berniaga iaitu amanah dan jujur.
Kepentingan etika ini bukan setakat di kalangan usahawan dan tokoh korporat bagi syarikat senaraian awam sahaja tetapi juga buat seluruh peniaga di Malaysia. Jika boleh, diinstitusikan budaya etika di kalangan peniaga.

Walaupun nampak mudah di atas kertas dan sukar untuk dilaksanakan, namun jika ia dilaksanakan secara menyeluruh, nescaya akan berlaku perubahan sikap di kalangan peniaga. Tidak mustahil, dalam tempoh jangka masa panjang, peniaga-peniaga kita akan lebih memikirkan hak pengguna berbanding mengaut keuntungan untuk diri sendiri sahaja.

Budaya tidak baik seperti menindas pengguna dan pembeli perlu diubah secara berhemah. Ini kerana ia sudah sebati dalam dunia perniagaan.

Kalau tidak, mana mungkin berlakunya pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah. Ketamakan manusia mengatasi sikap kebertanggungjawaban ke atas masyarakat. Dengan bertingkah laku secara beretika, masyarakat kita akan hidup dengan lebih baik kerana masing-masing mengetahui hak orang lain. Ingatlah, keberkatan dalam berniaga mengatasi kepentingan mengejar kekayaan materialistik.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130911/re_01/Terapkan-etika-perniagaan

Sunday 16 March 2014

Usahawan Faridah Zakaria a.k.a FAREEDA

Apakah kisah disebalik pengasas Butik FAREEDA sebelum beliau berjaya?


Puan Faridah Zakaria adalah pengasas Butik FAREEDA yang terkenal dengan perniagaan tudungnya. Beliau yang pada mulanya hanyalah seorang suri rumah yang ingin mengurangkan beban kewangan suami tersayang untuk menampung perbelanjaan keluarga mula membuat dan menjual pakaian dan langsir. Seterusnya pada tahun 2006, beliau mula membuat tudung dengan tangan sendiri apabila beliau tidak mampu menjumpai tudung yang disukai. Hal ini telah menarik minat beberapa rakan dan kerabat keluarganya terhadap tudung buatan sendiri yang digayakan oleh Puan Faridah Zakaria, malah mereka telah mula membeli dari beliau. Siapa sangka seorang suri rumah ini telah menjadi salah seorang usahawan berjaya dengan hasil jualan hampir RM20Juta pada tahun 2012. Kini, beliau telah mempunya seramai 130 orang pekerja, beberapa cawangan butik dan 300 pengedar. Syarikat Fareeda berjaya menjual hampir 20000 unit tudung setiap bulan, terutamanya di cawangan Bangi, Selangor.

Kenapa saya memilih usahawan ini?

Pertama, kerana saya pengguna tudung keluaran Butik FAREEDA.
Kedua, kerana saya berpuas hati dengan koleksi dan kualiti tudung keluaran Butik FAREEDA. Syarikat tersebut mengimport barang dari Korea Selatan untuk memastikan kualiti yang terbaik agar dapat bersaing dengan syarikat lain. 
Ketiga, menggunakan model yang cantik :) Salah seorang model yang menggayakan tudung jenama FAREEDA adalah anak kepada pengasas butik itu sendiri, iaitu Mawar, isteri kepada pelakon dan pengacara popular, Fizo Omar. 
Keempat, kerana Fareeda Nyata Jelita...


   

Friday 7 March 2014

Dato' Maznah Hamid

Info tentang Dato' Maznah Hamid --->>



Dato' Maznah Hamid merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Securiforce ialah sebuah syarikat kawalan keselamatan terbesar di Malaysia. Empayar perniagaan Dato' Maznah Hamid yang berasaskan keselamatan telah diperluas ke peringkat antarabangsa dengan penubuhan Securiforce Logistik, iaitu agen penghantaran darat, laut dan udara. Di samping itu, jaringan empayar perniagaan beliau diluaskan ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik turut mempunyai cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Securiforce Logistik memiliki beberapa anak syarikat yang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Bandar Tun Razak. Dato' Maznah Hamid turut mengasaskan beberapa seminar keusahawanan seperti seminar 'Zero to Hero', dan 'Awaken The Spirit Of Enterpreneurship/Intrapreneurship.


Pembangunan Perniagaan Dato' Maznah Hamid --->>

Sejarah awal penubuhan syarikat keselamatan Securiforce bermula dengan hanya bermodalkan RM5000. Securiforce yang bermula daripada sebuah entiti yang asing telah mengalami transformasi kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia, dimana telah menyaingi lebih 400 buah syarikat lain yang seumpamanya.


Kenapa saya memilih usahawan Dato' Maznah Hamid --->>

kerana Datuk Dr. Maznah Hamid, seorang wanita yang sinonim dengan jolokan 'Iron Lady' Malaysia telah berjaya menubuhkan kesemua anak syarikatnya tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Oleh hal yang demikian menjadikan beliau sebagai salah seorang idola saya, malah beliau juga wajar dijadikan contoh oleh semua usahawan, khusunya pasa usahawanita di luar sana.

Saturday 1 March 2014

Dr. Azizan Osman

Info tentang Dr. Azizan Osman --->>




Dr. Azizan Osman merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn. Bhd, dimana ia telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Record pada tahun 2012 sebagai syarikat terbesar di Malaysia dalam penganjuran seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi. Dr. Azizan Osman merupakan Mentor Pemasaran No. 1 Asia, penulis, penceramah, usahawan dan juga jurulatih kejayaan. Beliau telah dianugerahkan “Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa”, oleh sebuah organisasi terkemuka yang berpusat di London, dimana ia merupakan satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh organisasi tersebut.

Seperti yang telah dinyatakan, beliau merupakan pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional, iaitu Richworks Group of Companies dan juga mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Kumpulan syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan, antaranya ialah:
  • ·         perunding pengiklanan dan pemasaran,
  • ·         reka cipta jenama dan produk,
  • ·         perkhidmatan korporat dan perakaunan,
  • ·         pelaburan hartanah,
  • ·         penerbitan buku,
  • ·         media sosial dan web
  • ·         kecantikan dan kesihatan, serta
  • ·         pengurusan acara

Dr. Azizan Osman kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.


Kenapa saya memilih usahawan Dr. Azizan Osman --->>

Kerana misi beliau sebagai seorang Jurulatih Pemasaran No. 1 Malaysia yang ingin membantu pemilik-pemilik perniagaan lain bagi mencapai potensi diri dan mencapai kejayaan dalam industri masing-masing. Hal ini demikian kerana saya sendiri bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan kelak dan amat berbesar hati seandainya masih ada individu yang telah berjaya sudi untuk berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar serta dorongan atau bimbingan untuk mencapai kemajuan sepertinya. Di samping itu, beliau sentiasa  bersemangat dan bertenaga menganjurkan program-program kejayaan, kekayaan dan keusahawanan. Antara program yang mendapat sambutan masyarakat tempatan ialah:
  • Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan (IMKK)
  • ·         Advanced Marketing Power (AMP)
  • ·         Intensif Jutawan Industri (IJI)
  • ·         Master Your Business (MYB)
  • ·         Retire Young Retire Rich (RYRR)